Sehari dipenuhi kelas, petang ke lapang memanah, malam padat dengan urusan kelab. Wah, sehari suntuk diari saya penuh. Macam selalu juga nampaknya. Bagai terlupa yang ini semester terakhir. Yelah, mungkin sering orang cakap last sem kena hati-hati, jaga-jaga.
..itu orang cakap kot. Tapi untuk saya, penyertaan di lapangan aktiviti begini adalah sebuah pilihan yang atma. Entahlah, dah terbiasa.
Kadang pulang dari kelas, intrapersonal saya selalunya yang meneman. Berbual antara diri minda, jiwa, ruhani...memang menyenangkan. At least, gerakan badan saya tidaklah kaku tanpa 'self reflection' yang hadir.
Di kelas, saya pilih-pilih untuk aktif. Saya rasa 'sakit' di kelas yang pensyarahnya terlalu hebat. Iya, saya kematian akal. Entahlah, sekeliling pula rakan-rakan 'psiko' yang hebat-hebat juga: berdebat tentang pelbagai isu. Saya di tahap auditori aja. Verbal terkandas.
Dalam perbualan jiwa, ruhani dan minda, apa yang tersenarai adalah bertemakan 'bagaimana saya mahu menjadi yang terbaik di segenap usaha saya"
..susah juga, kalaupun saya cekap mengendali 'soft skill', tapi di kelas membatu. Saya dah kurang bicara ilmiah. Mungkin self esteem saya rasa kecil diri.
---------
Semalam, ada 'meeting rutin' kami pelajar-pelajar Akademi Fasilitator. Dijemput Saudara Fuad untuk memberi sedikit ide tentang 'pengurusan masa'.
Bukan calang-calang orang jugak Si Fuad ni. Walaupun tinggi kami agak sama je, tapi dia ni graduan UIAM yang telah terlibat dengan macam-macam agenda. Kemain lagi si Fuad ni. Pernah jadi PR kat syarikat-besar industri muzik. Peh..
Jadi, Encik Fuad ni pun 'share' lah macam-macam perkara. Dia ungkapkan banyak tentang disiplin diri, komitmen kerja dan ketepatan masa.
Wah, ilmu baik. Bukan apa...waktu-waktu gini yang tengah diulit kelapangan yang maha (assignment belum mula)...hati kecil saya bisik sesuatu...
.."Tuhan bagi ingatan pada kami untuk menjaga disiplin, komitmen dan setia patuhi masa"
Alangkah. Bersinar-sinar mata saya berdiskusi, mendengar dan bergelak ketawa dalam meeting semalam. Saya rasa sangat bertuah. Rasa dijaga dan diingatkan selalu. Walau mak dan ayah tiada di sini...Tuhan memang selalu menjaga saya dan kita semua. Dengan apa cara, setiap yang kita buat itu umpama stimuli "yang meransangkan kepada tindakan"
...jadi, kemudiannya adalah untuk memilih. Nak buat atau nak tangguh-tangguh kerja.
----------
Tiap perbuatan, kelakuan..saya pasti ia adalah satu pilihan. Pilihan manusia yang berasaskan kehendak, ilmu, pengalaman.
Justeru, pilihan untuk membuat apa-apa yang rugi dan manfaat juga boleh dikawal dengan psikologi yang normal. Kalau memilih dan bertindak dalam keadaan yang abnormal " stress, depress...susahlah. Itu hati jahat yang di depan akal, bukan hati yang sering bicara mulus-mulus.
Jadi, ia tentang HATI. Bila diqoribkan dengan Robbi, kita akan dijaga oleh kekuasaan paling aula. Kuasa yang 'terpaling sangat power' di dunia. Pergantungan hanya pada Tuhan.
p/s: Nak pilih untuk jadi power, dan hebat pun adalah tugas kita. Pilihan kita. Nak ke taknak?
SELAMAT TAHUN BARU SEMUA :)
No comments:
Post a Comment